Thursday 9 July 2020

JENIS LAMAN WEB

Pernahkah anak-anak mencari resepi masakan di internet?
Di manakah kita boleh mendapatkan resepi-resepi tersebut?
Kemungkinan kita boleh mencari di laman web chef terkemuka, ataupun laman web sesiapa sahaja yang berkongsi tentangnya.

Contohnya untuk laman web peribadi,
Cikgu suka belajar resepi baru di laman web atau blog MAT GEBU.
Anak-anak murid boleh klik di sini.





Kalau mahu membaca tentang melancong dan masakan, Ia juga merupakan laman web peribadi.
cikgu suka pergi ke blog CIK EPAL.
Boleh klik di sini.


Untuk pengetahuan semua,
Jenis-jenis laman web selain laman peribadi, ialah komersil, organisasi, info/berita ataupun hiburan.

Zaman kini, tidak ramai orang yang membeli suratkhabar. Mereka hanya membaca berita atas talian sahaja. Bolehkan anak-anak senaraikan 3 laman web berita yang anak-anak tahu?