Tuesday, 28 April 2020

Internet : Untuk Apa?


Salam wbt anak-anak 5IBS, 5IBK & 5IBB yang dirindui.
Macamana dengan cuti PKP?
Mesti semua dah rindu dengan bilik komputer dan netbook sekolah, kan?

Selalunya,
Murid perempuan dan lelaki mesti akan kira,
Minggu ganjil atau minggu genap,
Sebab masing-masing tak sabar nak tunggu giliran masuk bilik komputer.

Kadang-kadang tu sampai bergaduh dan bermasam muka,
Padahal cikgu dah siapkan jadual penggiliran setahun.
Haha. Pening kepala cikgu.

Anyway.
Hari ini kita akan belajar pengenalan tentang internet.
Anak-anak boleh buka buku teks TMK yang ada di rumah,
atau boleh klik buku teks online, atau boleh tengok nota di bawah ni.




Cikgu yakin semua orang ada internet.
kalau tak ada internet, tak dapatlah anak-anak semua layari blog ni.

Internet ialah gabungan rangkaian seluruh dunia yang menggunakan protokol internet dan melalui pembekal rangkaian internet ni, wujudlah syarikat komunikasi seperti Maxis dan Celcom.

Mudah tak nak faham?

Haa selain itu, internet ni juga tujuannya untuk berkomunikasi.
Kita boleh telefon nenek kita di kampung, buat video call dengan datuk kita,
Boleh gunakan Google nak cari resepi buat kek, dan macam-macam lagilah.
Sekarang ni pun, ramai orang gunakan internet untuk beli barang-barang online.
Tapi kena gunakan aplikasi tertentulah.


Baiklah.
Cikgu nak tanya 2 soalan simple saja.
Cikgu percaya semua boleh jawab.

Soalannya nanti awak semua boleh jawab di bahagian komen di bawah ya.
Klik komen, dan jangan lupa tulis nama dan kelas.
Nanti boleh tengok contoh di bahagian komen.

Okay, ini soalannya.
1. Selain Maxis dan Celcom, sila nyatakan 3 lagi jenis syarikat telekomunikasi yang kamu tahu.
2. Ibu bapa kita selalu membeli barang-barang online dengan menggunakan pelbagai aplikasi. Nak beli kuih guna whatsapp saja sekarang, guna FB beli tudung online. Boleh nyatakan lagi 2 jenis aplikasi online yang pernah ibu, ayah, dan ahli keluarga kamu gunakan untuk beli barangan online? Mereka beli apa?

Huhu. Itu saja soalan cikgu.
Jawab tau!